Wednesday, September 26, 2018

BBM3410/18 : Tentang Aku

Nama diberi Nur Afifah Binti Mohd Lazim. Saya dilahirkan di Hospital Besar Seremban, Negeri Sembilan pada 30 March 1995. Mendapat pendidikan awal di SK Taman Sri Mawar pada tahun 2002 hingga 2007, seterusnya pendidikan peringkat menengah di SMK Seri Ampangan dari tahun 2008 hingga 2014. Pada tahun 2015 saya mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada peringkat Ijazah Sarjana Muda. InsyaAllah jika tiada apa-apa halangan, saya akan bergraduat pada tahun hadapan mungkin dalam bulan 10 tahun 2019.

Di UPM saya menetap di Kolej Tun Perak dan menjawat jawatan Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Tun Perak dan merupakan Ketua Blok Lekiu Kolej Tun Perak Sesi 2017/2018. Menjalankan tugas sebagai ketua blok bukanlah sesuatu yang mudah kerana saya perlu mengendalikan Meeting Blok, Program-program Blok dan juga Program-program kolej. Melalui jawatan Ketua Blok ini saya banyak belajar mengenai soft skill dan juga meningkatkan keyakinan diri saya. Saya juga aktif dalam kokurikulum dimana saya telah ditauliahkan sebagai Inspektor Kor Suksis  di Univeriti Sultan Pendidikan Idris pada 12 Ogos 2018.