Wednesday, October 24, 2018

BBM3410/18 : Ujian Allah

Aku pernah menangis tengok result aq waktu stpm sem 1 sangat tak memberansangkan... tapi aku usaha sebaik umgkin untuk kejar impian aku... aku cuba skor mana yang aku boleh... tanya kawan-kawan bila ada yang tak faham... kalau kawan tak tahu terus tanya cikgu...
Ujian Allah sentiasa ada... aku diuji dengan kematian kucingku... sedih sangat sungguh sedih... tapi aku tahu hidup mesti diteruskan... aku berjanji pada diri sendiri untuk berusaha sehabis baik....
Alhamdulillah aku antara pelajar Cemerlang STPM di sekolahku...  tidak ramai pelajar melayu yang dapat anugerah cemerlang STPM ini hanya beberapa je... walaupun banyak menghadapi ujian Allah kita harus sentiasa tabah...
Apa-apa kawan-kawan kat luar sana jangan sesekali putus asa. Apabila Allah turunkan satu ujian itu, pasti kita adalah orang yang layak diuji. Layak diuji bermakna kita cuba sedaya upaya untuk melayakkan diri ke syurga Allah.
Memang hidup ini akan diuji dengan kewangan, kehilangan orang tersayang, kesakitan dan lain-lain. Akan tetapi, jangan biarkan membutakan hati kita akan nikmat-nikmat yang Allah telah beri.
Insyaallah hidup akan lebih bahagia bila kita sentiasa memandang kebaikan di setiap ujian melanda. Hehe.
Jangan putus asa, Allah ada dan insyaallah korang pun oleh berjaya. Tetapi jadi seorang yang berjaya di sisi Allah.

Thursday, October 11, 2018

BBM3410/18 : Tugas MTM dan ketua blok

Mesti ramai tertanya-tanya MTM tu apa? Siapa yang pernah jadi MTM mesti dah tahu apa maksud MTM tu apa tapi bagi yang tidak tahu, saya nak terangkan bahawa MTM itu singkatan bagi Majlis Tertinggi Mahasiswa. Setiap kolej mempunyai MTM yang akan menjalankan semua program-program kolej.

Mesyuarat MTM

Pada semester 5 dan semester 6 yang lepas saya telah menjadi MTM Kolej Tun Perak bagi sesi 2017/2018. Saya telah dilantik sebagai Sekretariat Sumber Manusia merangkap Ketua Blok. Saya telah diamanahkan untuk menjaga Blok Lekiu di bawah pemantauan Felo Prof Madya Dr Seca Ganda Seca. Semsa menjadi ketua blok pelbagi masalah yang dihadapi dan saya perlu uruskan.Antaranya, masalah mesin basuh tidak berfungsi, kerosakan dalam bilik, disiplin, mesyuarat blok, dan banyak lagi.

Setiap blok juga perlu membuat majlis blok yang akan menyatupadukan lagi antara ahli blok dan mengeratkan silaturrahim sesama ahli blok. Majlis yang diadakan adalah Jalian Silaturrahim (Jasiral) dan Memorabilia. Kedua-dua masjis ini di uruskan sepenuhnya oleh ahli blok Lekiu Sendiri.

Jadi Melalui majlis yang diadakan semua ahli blok dapat belajar cara pengurusan majlis dengan betul dan juga dapat menggunakan pengalaman ini di masa akan datang.


Selain saya menguruskan hal-hal dalam blok, saya juga perlu melakukan tugas dalam MTM juga di mana MTM perlu menganjurkan event-event untuk Kolej Tun Perak itu sendiri. Aktiviti yang saya terlibat adalah seperti berikut:
1. Kem Pengurusan Organisasi di Asia Kem Hulu Langat Selangor
2. Minggu Perkasa Putra 2017
3. Kem Jati Diri Kolej Tun Perak di Photton Velly
4. Ar-raudah Tun Perak
5. Program Kesukarelawanan di Taman Botani Shah Alam
6. Kem Pengenalan Rekreasi Luar di Sungai Pisang
7. Kem Kemandirian High Risk Adventure Team di Lata Jerangkang Pahang
8. Malam Silang Budaya Kolej Tun Perak 2017
9. Malam Harapan Putra Negara 2018
10. Tun Perak Fest 3.0
11. Majlis berbuka dan Rewang Bubur Lambuk Kolej Tun Perak


Bukan mudah untuk bahagi masa antara tugas dan belajar tetapi Alhamdulillah pada sem 5 dan sem 6 saya mendapat Anugerah Kepujian Dekan. Terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu dalam menyiapkan tugasan dan sama-sama belajar. Sebenarnya dulu saya hanya ada hari ahad sahaja untuk membuat assignment kerana hari lain sibuk dengan tugas MTM, Ketua blok dan SUKSIS tetapi itu bukan penghalang untuk terus belajar dan menggapai impian.
Seronok sangat dengan Family MTM Kolej Tun Perak sesi 2017/2018

BBM3410/18: Majlis Malam Pewaris Satria Negara

Baru-baru ni, saya ada menghadiri majlis yang diberi nama Malam Pewaris Satria Negara. Majls ini diadakan di Kinrara Resort pada 30 September 2018 iaitu hari Ahad. Majlis ini bertemakan Vogue Spring... haaaa bila tengok tema mula-mua tak tahu nak pakai baju apa... lepastu terfikir nk pakai baju kurung berbunga-bunga tapi tiba-tiba dua hari sebelum hari kejadian kami dimaklumkan untuk tidak memakai baju kurung dan mengikut tema yang diberikan... Jadi terus pilih dress yang berbunga okey la tu ada la kena dengan tema...

Okey seterusnya tujuan majlis ni diadakan adalah untuk meraikan pelajar Kor SUKSIS UPM yang telah ditauliahkan pada 12 Ogos 2018 iaitu Skuad 11. Banyak anugerah-anugerah yang ada antaranya anugerah pelatih menembak dengan mata 200 point, pelatih akademik terbaik, pelatih kehadiran terbaik, pelatih latihan luar terbaik dan pelatih keseluruhan terbaik.


Alhamdulillah saya mendapat anugerah Pelatih Kehadiran terbaik dengan kehadiran sebanyak 994 Jam. Nama anugerah ini adalah Anugerah Waja Setia. Sewaktu ambil hadiah ini di atas pentas, tiba-tiba tangan menggigil... hahhaaha lepastu kena Tegur dengan Tuan Lan yang menyampaikan anugerah ini... dia cakap kenapa tangan menggeletar.. lepastu dengan spontannya saya menjawab hahaha berdebar...Tuan lan turut ucapkan tahniah dekat saya dan kata ni mesti rajin datang latihan kan... Saya juga dapat hadiah cabutan bertuah... hahaha bertuah gak malam tu hahaha







Saturday, October 6, 2018

Ketika Aisyah Tak Diberi Segelas Air Putih Oleh Rasulullah ﷺ.

[Ketika Aisyah Tak Diberi Segelas Air Putih Oleh Rasulullah ﷺ.]
..
Rasulullah ﷺ adalah seorang suami yang sangat meninggikan kedudukan para istrinya dan amat menghormati mereka.
..
Namun, ketika berselisih, Rasulullah ﷺ tidak pernah melibatkan emosi. Ketika sedang marah kepada Aisyah, Beliau berkata, “Tutuplah matamu!”
..
Kemudian Aisyah menutup matanya dengan perasaan cemas, khawatir dimarahi Rasulullah. Rasulullah ﷺ berkata, “Mendekatlah!” Tatkala Aisyah mendekat, Rasulullah ﷺ kemudian memeluk Aisyah sambil berkata, “Humairahku, telah pergi marahku setelah memelukmu.”
..
Tidak pernah ada kalimat kasar dan menyakitkan dalam rumah tangga Rasulullah. Bahkan, beliau biasa memijit hidung Aisyah jika dia marah, sambil berkata,
..
“Wahai Aisyah, bacalah do’a, ‘Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku, dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan’,” (HR Ibnu Sunni).
..
Suatu hari Rasulullah ﷺ pulang dari perjalanan jihad fisabilillah diiringi para sahabat. Sementara itu di pintu gerbang kota Madinah  Aisyah r.a menunggu dengan rasa rindu.
..
Akhirnya Rosulullah ﷺ  tiba di kota Madinah. Aisyah r.a bahagia menyambut suami tercinta. Tiba dirumah Rasulullah ﷺ beristirahat melepas lelah.
..
Aisyah dibelakang rumah sibuk membuat minuman untuk Rasulullah ﷺ. Lalu minuman itupun di suguhkan kepada Rasulullah ﷺ.
..
Beliau meminumnya perlahan hingga hampir menghabiskan minuman tersebut, tiba-tiba Aisyah berkata: "yaa Rasulullah biasanya engkau memberikan sebagian minuman kepadaku tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu? "
..
Rasulullah ﷺ diam dan hendak melanjutkan meminum habis air digelas itu. Dan Aisyah bertanya lagi,  "Yaa Rasulullah biasanya engkau memberikan sebagian minuman kepadaku tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu?"
..
Akhirnya Rasulullah ﷺ memberikan sebagian air yang tersisa digelas itu,  Aisyah r.a  meminum air itu dan ia langsung kaget terus memuntahkan air itu.
..
Ternyata air itu terasa asin bukan manis.  Mungkin saking tergesa-gesanya Aisyah baru tersadar bahwa minuman yang ia buat salah memasukan campuran, yang harusnya sari gula malah masukin sari garam. Kemudian Aisyah r.a langsung meminta maaf kepada Rasulullah ﷺ.
..
"Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya. Lelaki yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik terhadap istrinya," (HR tirmidzi dan Ibnu Hibban). Dari abu Hurairah Ra bahwa Rasulullah ﷺ bersabda: "saling berpesanlah kalian untuk memperlakukan wanita dengan Baik,
..
karena sesungguhnya wanita itu. Diciptakan dari Tulang Rusuk, dan sesungguhnya yang paling bengkok dari tulang rusuk itu adalah bagian atasnya,
..
Jika engkau bersikeras untuk meluruskannya, Niscaya engkau akan mematahkannya. Dan jika engkau biarkan, ia akan tetap bengkok, karenanya saling berpesanlah (saling menasihati)  berkenan dengan Wanita"
(HR. Bukhari dan Muslim)

Semoga bermanfaat
🌷

Wednesday, October 3, 2018

BBM3410/18 : Minggu hilang markah

Assalamualaikum... hai semua... minggu ni pada hari Isnin, tiada kelas, jadi Prof. Dr. N ada beri tugasan melalui Putra Blast di mana kami perlu merujuk Bab 1 dalam buku BOOM with Social Media tulisan Noraien Mansor dan Normaliza Abd. Rahim. Memang gembira ketika tiada kelas tetapi tugasan yang diberikan perlu dihantar hanya pada pukul 2.00 petang hingga 3.00 petang. Waktu tugasan tersebut perlu dihantar adalah waktu saya bekerja dimana saya bekerja pada pukul 1.30 petang hingga 5.30 petang. Masa bekerja itu saya telah ambil sedikit untuk membuat tugasan tersebut.

Saya telah berusaha untuk menghantar tepat pada masanya. dimana email yang saya hantar itu adalah pada pukul 2.41pm. Tetapi malangnya.... Prof Dr. N tidak menerima email tugasan yang telah saya hantar. Sedih sangat-sangan. 10 markah hilang. Tetapi persoalanya... kenapa Prof Dr. N tidak terima email saya.... saya cuba sedaya upaya saya untuk siapkan tetapi tidak diterima...

BBM3410/18 : Apa itu SUKSIS

Pastinya ramai yang tertanya-tanya apa itu SUKSIS?.... Apabila hari pertama pendaftaran universiti, pasti ada PALAPES, SUKSIS dan APM yang mempromosikan badan beruniform masing-masing. Jadi di sini suka saya untuk menerangkan mengenai SUKSIS kerana saya adalah salah seorang daripada anggota Kor SUKSIS yang telah mendapat pangkat Inspektor Kor SUKSIS.

SUKSIS adalah singkatan daripada Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi yang merupakan sebuah badan beruniform di Universiti Awam. Pelatih Kor SUKSIS perlu menjalani latihan sepanjang 3 tahun bersamaan 6 semester sebelum ditauliahkan sebagai INSPEKTOR KS.

Untuk pengetahuan anda bukan mudah untuk menjadi ahli Kor SUKSIS kerana anda perlu menjalani beberapa peringkat yang sama seperti pengambilan polis regular. Peringkat pertama, pelatih perlu menjalani ujian fizikal. Antara ujian fizikal yang dijalankan adalah push up, pumping, long jump dan sebagainya. Setelah melepasi ujian fizikal, pelatih akan ditemuduga dan dinilai oleh pegawai.

SKUAD 11 KOR SUKSIS UPM


Latihan SUKSIS akan dijalankan pada setiap hari Rabu (6.30 pagi hingga 7.30 pagi) dan hari Sabtu (6.30 pagi hingga 7.00 malam).

Latihan hari Sabtu bermula dengan Physical Traning (Senaman Pagi), kadang kala jurulatih akan adakan latihan 2.4 km larian. Sererusnya Latihan Kawad di mana kita dapat belajar asas kawad seperti pergerakan statik dan pergerakan berjalan. Latihan Kawad ini juga melatih mpeserta untuk belajar mengendalikan skuad. Pada sebelah petang pula ada kelas undang-undang di mana pelatih mempelajari Akta Polis 1967, Kanun Kesiksaan dan Kanun Prosedur Jenayah.

Pelatih juga diberi peluang untuk menghadiri kem dan belajar menembak menggunakan M16 dan Revolver. Antara kem Suksis adalah:
1. Kem Etika dan Pengurusan Integriti
2. Kem PGA dan Asas Kompas
3. Kem Kursus Asas Pertolongan Cemas.



ANTARA KEMUDAHAN-KEMUDAHAN:
  • Kemudahan pakaian seragam PDRM
  • Elaun Latihan dan Tugasan - RM 4.00 x 1jam
  • Elaun Tahunan (Bounty)
Saguhati penuh - RM 520.00 (Latihan melebehi 380jam)
Saguhati tiga suku - RM 390.00 (Latihan 240jam – 379jam)
Saguhati separuh - RM 260.00 (Latihan 120jam – 239jam)

  • Ko-Kurikulum (dikira 6 jam kredit)
  • Latihan Asas kepolisan (Inspektor)
  • Penginapan di Kolej
  • Perlantikan sebagai Inspektor Sukarelawan semasa pentauliahan




BBM3410/18 : Keluarga Bahagiaku

Keluarga terjalin daripada ikatan kasih sayang yang suci dan anak-anak adalah amanah dari Tuhan. Setiap insan yang telah berkahwin inginkan keluarga yang bahagia begitu juga dengan saya.. Alhamdulillah saya dapat hidup dalam keluarga yang hidup dalam serba sederhana dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Ayah saya bernama Mohd Lazim bin Hashim, seorang yang rajin dan suka buat lawak. Beliau sering menjadi penghibur dalam rumah kami. Mama saya pula bernama Ainun Nor Binti Jantan, seorang yang tegas dan aktif dalam melakukan tugas-tugasnya.

Saya mempunyai 4 orang adik beradik, 3 perempuan dan seorang lelaki. Kakak sulung saya bernama Nur Aliyah binti Mohd Lazim, telah berkahwin dan dikurniakan dua orang puteri. Kakak saya yang ke-2 bernama Nur Amalina binti Mohd Lazim yang lebih mesra dipanggil Nina. Saya merupakan anak yang ke-3. Manakala adik lelaki bongsu saya bernama Muhammad Nur Ahmad yang sedang menuntut di UiTM Shah Alam.

Kami sekeluarga tinggal di Seremban, Negeri Sembilan. Diharapkan keluarga kami kekal bahagia hingga akhir nyawa... Aminnn...