Saturday, November 17, 2018

KALENDAR 2019


Januari 2019

Febuari 2019

Mac 2019

April 2019

Mei 2019

Jun 2019

Julai 2019

Ogos 2019

September 2019

Oktober 2019

November 2019

Disember 2019

Thursday, November 15, 2018

BBM3410/18 : Kalenda Meja

Harini tak ada kelas amali... tapi ada kelas online....

Alamak online.... katanya pukul 12.00 tengah hari... tungu punya tunggu dah bukak putra bast tapi masih tiada tugasan yang diberikan....

sampai pukul 12.42 tengah hari ketua kumpulan whatsapp tugasan harini kena ambil video proses buat kalendar menggunakan photoshop... jadi video di bawah adalah hasilnya:

Jom belajar cara buat Kalender menggunakan Photohop
















Wednesday, November 14, 2018

BBM3410/18 : Tauliah SUKSIS

Pada 12 Ogos 2018, sy telah ditauliahkan sebagai Inspektor K/S.... Sy dan kawan-kawan ditauliahkan di UPSI Tanjung Malim...

Sebelum kami ditauliahkan kami perlu menjalani latihan dari 1 Ogos 2018 hingga 11 Ogos 2018....Lama kan... memang sunburn habis hahaha....
Nak kawad kasut kena berkilat tau... hari-hari guna kasut kawad ni huhu sampai berdebu... Jalan pun kena pacak tumit sampai tumit kasut kawad aq hampir haus hahaha


Rutin kami setiap hari adalah

5.00 am : Persiapan Diri
5.30 am : Sarapan Pagi (Waktu sarapan ni hari-hari menu sama iaitu Roti, Jem dan Telur Rebus) hari-hari makan telur hahaha...
5.45 am : Solat Subuh
6.00 am : Bergerak Ke Padang Kawad (yang ni selalunya naik bas jadi kami sering karaoke dalam bas sebelum sampai di padang kawad hahhaha
6.15 am : Ambil senjata (Selalunya senjata kami dah siap diambil oleh Jurulatih kami jadi tak perlu beratur ambil senjata)
6.30 am : Regangan dan senaman pagi

7.00 am : Bermulalah sesi kawad...

kami perlu kawad mengikut upacara kawad tamat latihan sama seperti Polis Regular... Bermula Ketibaan tetamu, kemudian bacaan doa, seterusnya nyanyian lagu negaraku, diteruskan dengan Kawad Perlahan jalan, Cepat jalan, kemudian penyampaian hadiah kepada pelatih keseluruhan terbaik dan diakhiri dengan nyanyian lagu polis sedia berkhidmat

10.30 am : Rehat ( Waktu rehat ni ambillah masa untuk berehat sepenuhnya sbb nanti kena kawad balik... (selalunya ada makanan ringan macam kuih muih)


11.00 am : Sambung latihan kawad

1.00 pm : balik ke kolej untuk makan tengah hari dan solat zohor

2.30 pm : (kadang2 pukul 2.00pm kadang2 pukul 2.30 pm ikut perfomance kita pada hari kawad tersebut) Latihan kawad

4.00 pm : Rehat (makan Kuih)

4.30 pm : Sambung kawad

6.00 pm : Balik ke kolej untuk rehat dan  solat asar

8.00 pm : Berkumpul di Dewan (aktiviti setiap malam berbeza ada latihan ambil sijil, ada malam kebudayaan dan ada taklimat daripada pihak UPSI)

11.00 pm : balik dan rehat

Begitulah rutin latihan kami setiap hari dari 1 Ogos 2018 hinggan 11 Ogos 2018 untuk persediaan Majlis Tamat Latihan yang berlansung pada 12 Ogos 2018

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan sy berjaya tak pingsan waktu latihan walaupun sy demam dan hari panas terik... Allah tolong sy untuk kuat menghadapi hari tamat latihan dengan jayanya





Terbakar habis dah muka haha






Monday, November 12, 2018

BBM3410/18 : Cara Elakkan Pengsan Waktu Kawad

1. Gerakkan jari kaki
 Setiap kali kita rasa macam nak pitam gerakkan jari kaki dalam kasut kawad... Waktu kawad kita tidak boleh bergerak banyak jadi kalau gerakkan jari kaki dalam kasut tak nampak sangan pergerakannya... Seterusnya dengan menggerakkan jari kaki dalam kasut, aliran darah akan mengalir dan mengurangkan tekanan darah di kaki

2. Pernafasan
Pastikan pernafasan semasa kawad betul... Tarik nafas ikut hidung dan kelurkan ikut mulut... ini dapat memastikan oksigen masuk ke dalam otak dan badan dengan lancar...



3. Jaga Pemakanan
Pastikan kita makan sebelum kawad... dan jangan kawad dalam keadaan perut yang kosong....



4. Minum air glukose
yang ni memang berkesan sbb dia bagi gula dalam darah kita... sepanjang aku kawad, aku memang minum glucose setiap hari

Thursday, November 8, 2018

BBM3410/18 : Bukit Kepayang

Bukit Kepayang satu daripada bukit di seremban yang tidak diketahui oleh ramai orang.... mesti ramai yang tertanya-tanya kat mana Bukit Kepayang ni... Haaaa... Nak tau tak kat mana... kat Seremban 2 je... Siapa yang nak cuba naik boleh la google Bukit Kepayang

Baiklah bagi siapa-siapa yang nak cuba hiking kat Bukit kepayang ni ada banyak jalan yang boleh tembus, ada yang jalan senang, ada yang jalan susah, dan ada yang jalan yang sedang-sedang tak senang tak susah... Pertama dari laluan kenderaan yg laluan masuknya sebelum simpang ke Bukit Kepayang jika korang dari arah Mantau. Kedua daripada tepi jalan tempat parking Bukit Kepayang dan ketiga di belakang Kepayang Heights. Sy naik menggunakan laluan belakang Kepayang Heights.




Laluan dia mungkin agak mencabar bagi sy yang first time naik situ sbb semua laluan dia pacak...dari bawah ke datas semua tinggi... tapi jangan risau ada tali bagi membantu kita naik ke atas... bagi sy seorang wanita, amik masa dalam 20 minit untuk sampai ke atas.... al maklumlah makin lama makin bam-bam...
Bila sampai puncak pemandangan dia indah sekali... boleh nampak taman-taman dan bandar dari atas puncak tu... Atas tu pun ada kuil dan monyet-monyet liar.... huhu... sy konon-konon nak tangkap gambar dengan monyet tapi aku yang kena kejar dengan monyet... jadi jangan sesekali kacau moyet kat situ hahahaa... monyet tu baik je cuma sy je yg pergi dekat dengan monyet-monyet tu.... tu yang mereka marah hahaha...
Sy pergi daki hari ahad tapi tak ramai orang pon mungkin sebab tak terkenal lagi rasanya....









jadi siapa yang nak cuba daki boleh la datang di Bukit kepayang 




Wednesday, November 7, 2018

BBM3410/18 : Budaya Jepun

Haritu sy ada ikut trip bersama orang luar negara antaranya orang Brunei, Philliphine, Indonesia, Thailand, Singapura dan Jepun...

Jadi pada satu hari, kami menaiki tram untuk ke ladang NS Dairy Farm... Ketika itu sy sedang dukung anak buah sy yang berumur 2 tahun dan kakak sy sedang dukung anaknya yang berusia 8 bulan...

Ketika kami menaiki tram itu, kami adalah orang terakhir yang menaiki tram jadi tempat duduk agak penuh... tiba-tiba 3 orang Jepun yang berada di hadapan sy bangun secara serentak setelah melihat kami memasuki tram itu...

Rupa-rupanya mereka hendak memberi kami tempat duduk... sbb kami pegang baby



Sy amat berharap orang Malaysia mempraktikkan budaya memberi tempat duduk kepada yang lebih memerlukan......

BBM3410/18 : Prof Aku Masuk TV la weiiii!!!

Assalamualaikum semua....

Hari Isnin yang lalu Prof ada buat kelas secara online disebabkan ramai yang bersetuju untuk kelas online pada hari Isnin... Sebelum tu Prof ada bagi tugasa kat kami dimana kami perlu post gambar di instagran dengan simbol tangan berbentuk OK 👌... dan post perlulah disertakan dengan #SayaMohonIsninKuliahSecaraOnline kami pun apa lagi post la gambar di instagram....


Prof siap like dan komen lagi katanya #NiPinjamPasuSaperLakNi

Hahahaa....

Baiklah untuk kelas onlin pada hari isnin, kami telah diminta untuk memonton TV Al-hijrah pada pukul 8.15 pagi... Alamak dekat kolej mana ada TV Al-Hijrah.... dan sy pon bukak la online demi nak menonton Prof di TV....

tajuk yang dibincangkan sangat menarik... iaitu....Pemartabatan Bahasa Melayu dan Pengharmonian Hubungan Antara Kaum Melalui Alam Siber....

Saya sangat bersetuju dengan pendapat Prof bahawa kita yang perlu memulakan fenomena menggunakan Bahasa Melayu dengan betul....  dan semua pengguna bahasa Melayu perlu Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa bagi menjamin kesejahteraan Bahasa Melayu...

Selepas habis sahaja menonton Prof di TV Al-Hijrah... kami perlu post gambar Prof di Instagram masing-masing.... yela nk bagi Prof popular kannn Masuk tv lagi tu..... siap dapat jumpa dengan Ashraf Muslim dan Irma Hasmie lak tu....


Prof pon dah like dan komen sy punya post di instagram....

Semoga lebih ramai pewaris bahasa Melayu seperti Prof yang berusaha Memartabatkan Bahasa Melayu.




Monday, November 5, 2018

BBM3410/18 : Percutian di Negeri Sembilan Part 2

Sabungan daripada Part 1.... KLIK SINI UNTUK BACA PART 1
Hari 3 : 28 OKT 2018

Kami sarapan lewat sedikit iaitu pada pukul 8.30 pagi.... selepas sarapan, kami diarahkan untuk berkumpul pada jam 9.00 pagi.... kami terus bergerak ke Oshtrich & Pets Show PD.... di sana ada macam- macam haiwan... kat sini semua haiwan jinak-jinak termasuklah ular... saya pun pada mulanya tak sangka dapat pegang ular.... tikus pun sy pegang... padahal kalau jumpa tikus lalu depan mata menjerit hahaha.... mungkin sbb ada penjaga haiwan tu sbb tu berani sikit...



Seterusnya kami ke muzium tentera PD... 





Petang itu kami ke 3D art and gallery and escape room


Di sebelah malam kami ada dinner terakhir sebelum pulang....




hari 4: 29 OKT 2018

Semua bersiap-siap kemas barang nak balik rumah.... tapi sebelum check out, kami sempat mandi manda kat kolam di hotel.... seronok sangat dapat bercuti