Monday, November 5, 2018

BBM3410/18 : Percutian di Negeri Sembilan Part 1

Sy dan keluarga bercuti di PD pada 26 Okt 2018 hingga 29 Okt 2018...

Kami menginap di Ancasa Hotel and Resort PD


Hari 1 : 26 Okt 2018 
Cantik kan pemandangan dia dari hotel ni nampak laut... cantik sangat-sangat rasa macan nak terjun  laut... Kami check in pukul 3.00pm terus tengkap gambar kat balkoni hotel ni... 1 rumah ada 2 bilik,2 bilik air, 1 dapur, 1 ruang tamu dan 1 TV.... memamg sesuai untuk keluarga... bilik kami bernombor A808... memang saje kami pilih tingkat atas sbb nak tengok pemandangan yang indah...


Malam tu kami ada welcoming dinner... Jadi kami diberi nombor ketika dartar... rupa-rupanya nombor itu adalah nombor kumpulan... Sy dapat nombor 3.. kumpulan kami telah mendapat tugasan untuk menari oppa gangnam style hahahaha tergelak2 semua orang tengok kami menari hahahaa... Kumpulan kami dapat tempat ke-3 hehehe.. dinner habis dalm pukul 11.00 Malam



Hari 2 : 27 OKT 2018

Kami sarapan di kafe hotel pada jam 7.00 pagi, awalkan.... huhu selalu kalau kat hotel sarapan mesti dalam pukul 8.00 macam tu... kami kena sarapan awal sebab kami nak gerak ke Kuala Pilah naik bas... Yahoo bestnyee.. Mesti ada yg tertanya2 ada apa ye kat Kuala Pilah bukan kampung ke?

Kami nak ke Ladang Alam Warisan, Seri Menanti...
Tempatnya cantik sangat... ada macam-macam haiwan... Kuda, itik, kambing, ayam, kerbau, burung unta, kucing dan burung kakak tua...

Di sana kami disambut dengan persembahan silat gayong... seronok tengok orang bersilat tanpa senjata dan dengan senjata... macam gaduh betul-betul...

Seterusnya kami berpeluang untuk naik kuda... wahhhh seronoknya! Kuda ni sado tau... sbb kuda ni adalah kuda khas untuk sukan berkuda dan memanah berkuda


Kami juga diberi peluang untuk belajar memanah



Kami juga diberi makan tengah hari dengan makanan warisan kampung iaitu masak lemak, rendang, ikan keli, dan ulam-ulaman beserta sambal belacan. 

Setelah selesai aktiviti di ladang alam warisan, kami bergerak ke Juasseh Agropark atau lebih dikenali dengan NS Dairy Farm... tempat penternakan lembu bagi menghasilkan susu lembu...




Malam pula kami makan malam di Istana Seri Menanti... tapi tak sempat tamgap gambar sbb penat sangat... malam tu kami sampai hotel pukul 12.00 tengah malam... penat sngt2... tapi seronok...

Sambung Part 2 Klik sini untuk part 2 untuk perjalanan hari 3 dan 4..........




No comments:

Post a Comment