Wednesday, November 14, 2018

BBM3410/18 : Tauliah SUKSIS

Pada 12 Ogos 2018, sy telah ditauliahkan sebagai Inspektor K/S.... Sy dan kawan-kawan ditauliahkan di UPSI Tanjung Malim...

Sebelum kami ditauliahkan kami perlu menjalani latihan dari 1 Ogos 2018 hingga 11 Ogos 2018....Lama kan... memang sunburn habis hahaha....
Nak kawad kasut kena berkilat tau... hari-hari guna kasut kawad ni huhu sampai berdebu... Jalan pun kena pacak tumit sampai tumit kasut kawad aq hampir haus hahaha


Rutin kami setiap hari adalah

5.00 am : Persiapan Diri
5.30 am : Sarapan Pagi (Waktu sarapan ni hari-hari menu sama iaitu Roti, Jem dan Telur Rebus) hari-hari makan telur hahaha...
5.45 am : Solat Subuh
6.00 am : Bergerak Ke Padang Kawad (yang ni selalunya naik bas jadi kami sering karaoke dalam bas sebelum sampai di padang kawad hahhaha
6.15 am : Ambil senjata (Selalunya senjata kami dah siap diambil oleh Jurulatih kami jadi tak perlu beratur ambil senjata)
6.30 am : Regangan dan senaman pagi

7.00 am : Bermulalah sesi kawad...

kami perlu kawad mengikut upacara kawad tamat latihan sama seperti Polis Regular... Bermula Ketibaan tetamu, kemudian bacaan doa, seterusnya nyanyian lagu negaraku, diteruskan dengan Kawad Perlahan jalan, Cepat jalan, kemudian penyampaian hadiah kepada pelatih keseluruhan terbaik dan diakhiri dengan nyanyian lagu polis sedia berkhidmat

10.30 am : Rehat ( Waktu rehat ni ambillah masa untuk berehat sepenuhnya sbb nanti kena kawad balik... (selalunya ada makanan ringan macam kuih muih)


11.00 am : Sambung latihan kawad

1.00 pm : balik ke kolej untuk makan tengah hari dan solat zohor

2.30 pm : (kadang2 pukul 2.00pm kadang2 pukul 2.30 pm ikut perfomance kita pada hari kawad tersebut) Latihan kawad

4.00 pm : Rehat (makan Kuih)

4.30 pm : Sambung kawad

6.00 pm : Balik ke kolej untuk rehat dan  solat asar

8.00 pm : Berkumpul di Dewan (aktiviti setiap malam berbeza ada latihan ambil sijil, ada malam kebudayaan dan ada taklimat daripada pihak UPSI)

11.00 pm : balik dan rehat

Begitulah rutin latihan kami setiap hari dari 1 Ogos 2018 hinggan 11 Ogos 2018 untuk persediaan Majlis Tamat Latihan yang berlansung pada 12 Ogos 2018

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan sy berjaya tak pingsan waktu latihan walaupun sy demam dan hari panas terik... Allah tolong sy untuk kuat menghadapi hari tamat latihan dengan jayanya





Terbakar habis dah muka haha






No comments:

Post a Comment