Monday, November 5, 2018

BBM3410/18 : Anugerah, Penghargaan Kepada Diri

Setiap orang pasti pernah mendapat anugerah... Anugerah yang kita terima pasti membuatkan ibu dan bapa kita gembira...  Jika kita rasa diri kita layak, layaklah kita....

Anugerah adalah penghargaan kepada diri setelah kita telah berusaha sebaik mungkin. Tetapi bukanlah anugerah yang dikejar kerana anugerah ini hanyalah lambang kepada hasil titik peluh dan usaha kita...

Anugerah yang sy pernah dapat tidaklah sehebat orang lain... tetapi sy hanya ingin berkongsi anugerah yang sy dapat :

1. Anugerah Kedatangan Terbaik 2014
    Waktu ni mula-mula rasa malu nak naik pentas sbb sy seorang je pelajar tingkatan 6 yang dapat Anugerah ni... tapi nasib baik adik sy pun dapat anugerah yang sama dan ketika itu dia berada di tingkatan 5... Perasaan malu jadi bangga sbb mak ayah kami berjaya hantar anak ke sekolah dan kami tidak ponteng... Alhamdulillah sy jenis yang jarang demam atau sakit... kalau takat batuk atau selesema tu mmg datang je sekolah untuk menuntut ilmu...


2. Anugerah Cemerlang Kurikulum 2014
    Alhamdulillah, dengan kecemerlangan akademik ketika menduduki STPM, saya berhasil mendapatkan anugerah ini... Ketika ini ibu bapa juga dibenarkan hadir bersama bagi meraikan anak-anak mereka... hanya mama sahaja yang dapat hadir bersama sy untuk naik ke pentas bersama-sama sy.


3. Anugerah Peserta Terbaik Wanita Kem Kemandirian HR021 di Lata Medang
   Kem ni adalah kem kemandirian anjuran Kelab High Risk Adventure Team. Peluang duduk dalam hutan seminggu memang mencabar... terkejut jugak dapat jadi peserta wanita terbaik sbb kami semua memang mental koyak habis duduk dalam hutan dan nak membuang pon dalam jamban yang digali sendiri... perut sampai rasa tak nak membuang kt sana hahaha... tapi pengalaman dalam kem ni memang tak dapat dilupakan sbb banyak yang kami belajar antaranya asas ikatan, cara camp management yang betul, high rope, cayoning, makanan rimba, cara survival dalam hutan dan banyak lagi.. dan waktu kem ni adalah musim hujan risau jugak kot-kot ada kepala air sbb kem site kami sebelah sungai... tp alhamdulillah semuamya berjalan dengan lancar. Gambar dapat hadiah tak ada jadi bagi gambar bersama kumpulan Lata Jarum je hehee...


4. Anugerah Bakti Tun Perak 2018
    Sy mendapat Anugerah ini sebagai penghargaan telah menyumbangkan bakti dalam Majlis Tertinggi Mahasiswa selaku Ketua Blok. Alhamdulillah tugas yang diberikan bukanlah mudah tetapi ia adalah cabaran buat diri sy. Nak tahu apa tugas ketua blok dan MTM boleh baca entry sy yang dahulu Tugas MTM dan Ketua Blok

5. Anugerah Akademik Cemerlang, Malam Harapan Putra Negara
    Alhamdulillah berkat usaha dalam pelajaran dan doa daripada mama dan ayah sy mendapat anugerah ini. Doakan sy terus kekal cemerlang..


6. Anugerah Waja Setia, Malam Pewaris Satria Negara 2018
     Anugerah ni disampaikan oleh Tuan Lan, Anjutan Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi UPM. Menggigil tangan waktu terima anugerah ni. hahahaa


7. Anugerah Kepujian Dekan
    Walaupun bukanlah setiap sem sy dapat kepujian dekan tp alhamdulillah CGPA sy masih mantain dalam kepujian dekan... doakan sy grad dengan jayanya ye... insyaAllah tahun depan kalau tiada apa-apa halangan.




No comments:

Post a Comment