Thursday, October 11, 2018

BBM3410/18 : Tugas MTM dan ketua blok

Mesti ramai tertanya-tanya MTM tu apa? Siapa yang pernah jadi MTM mesti dah tahu apa maksud MTM tu apa tapi bagi yang tidak tahu, saya nak terangkan bahawa MTM itu singkatan bagi Majlis Tertinggi Mahasiswa. Setiap kolej mempunyai MTM yang akan menjalankan semua program-program kolej.

Mesyuarat MTM

Pada semester 5 dan semester 6 yang lepas saya telah menjadi MTM Kolej Tun Perak bagi sesi 2017/2018. Saya telah dilantik sebagai Sekretariat Sumber Manusia merangkap Ketua Blok. Saya telah diamanahkan untuk menjaga Blok Lekiu di bawah pemantauan Felo Prof Madya Dr Seca Ganda Seca. Semsa menjadi ketua blok pelbagi masalah yang dihadapi dan saya perlu uruskan.Antaranya, masalah mesin basuh tidak berfungsi, kerosakan dalam bilik, disiplin, mesyuarat blok, dan banyak lagi.

Setiap blok juga perlu membuat majlis blok yang akan menyatupadukan lagi antara ahli blok dan mengeratkan silaturrahim sesama ahli blok. Majlis yang diadakan adalah Jalian Silaturrahim (Jasiral) dan Memorabilia. Kedua-dua masjis ini di uruskan sepenuhnya oleh ahli blok Lekiu Sendiri.

Jadi Melalui majlis yang diadakan semua ahli blok dapat belajar cara pengurusan majlis dengan betul dan juga dapat menggunakan pengalaman ini di masa akan datang.


Selain saya menguruskan hal-hal dalam blok, saya juga perlu melakukan tugas dalam MTM juga di mana MTM perlu menganjurkan event-event untuk Kolej Tun Perak itu sendiri. Aktiviti yang saya terlibat adalah seperti berikut:
1. Kem Pengurusan Organisasi di Asia Kem Hulu Langat Selangor
2. Minggu Perkasa Putra 2017
3. Kem Jati Diri Kolej Tun Perak di Photton Velly
4. Ar-raudah Tun Perak
5. Program Kesukarelawanan di Taman Botani Shah Alam
6. Kem Pengenalan Rekreasi Luar di Sungai Pisang
7. Kem Kemandirian High Risk Adventure Team di Lata Jerangkang Pahang
8. Malam Silang Budaya Kolej Tun Perak 2017
9. Malam Harapan Putra Negara 2018
10. Tun Perak Fest 3.0
11. Majlis berbuka dan Rewang Bubur Lambuk Kolej Tun Perak


Bukan mudah untuk bahagi masa antara tugas dan belajar tetapi Alhamdulillah pada sem 5 dan sem 6 saya mendapat Anugerah Kepujian Dekan. Terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu dalam menyiapkan tugasan dan sama-sama belajar. Sebenarnya dulu saya hanya ada hari ahad sahaja untuk membuat assignment kerana hari lain sibuk dengan tugas MTM, Ketua blok dan SUKSIS tetapi itu bukan penghalang untuk terus belajar dan menggapai impian.
Seronok sangat dengan Family MTM Kolej Tun Perak sesi 2017/2018

No comments:

Post a Comment