Wednesday, October 3, 2018

BBM3410/18 : Apa itu SUKSIS

Pastinya ramai yang tertanya-tanya apa itu SUKSIS?.... Apabila hari pertama pendaftaran universiti, pasti ada PALAPES, SUKSIS dan APM yang mempromosikan badan beruniform masing-masing. Jadi di sini suka saya untuk menerangkan mengenai SUKSIS kerana saya adalah salah seorang daripada anggota Kor SUKSIS yang telah mendapat pangkat Inspektor Kor SUKSIS.

SUKSIS adalah singkatan daripada Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi yang merupakan sebuah badan beruniform di Universiti Awam. Pelatih Kor SUKSIS perlu menjalani latihan sepanjang 3 tahun bersamaan 6 semester sebelum ditauliahkan sebagai INSPEKTOR KS.

Untuk pengetahuan anda bukan mudah untuk menjadi ahli Kor SUKSIS kerana anda perlu menjalani beberapa peringkat yang sama seperti pengambilan polis regular. Peringkat pertama, pelatih perlu menjalani ujian fizikal. Antara ujian fizikal yang dijalankan adalah push up, pumping, long jump dan sebagainya. Setelah melepasi ujian fizikal, pelatih akan ditemuduga dan dinilai oleh pegawai.

SKUAD 11 KOR SUKSIS UPM


Latihan SUKSIS akan dijalankan pada setiap hari Rabu (6.30 pagi hingga 7.30 pagi) dan hari Sabtu (6.30 pagi hingga 7.00 malam).

Latihan hari Sabtu bermula dengan Physical Traning (Senaman Pagi), kadang kala jurulatih akan adakan latihan 2.4 km larian. Sererusnya Latihan Kawad di mana kita dapat belajar asas kawad seperti pergerakan statik dan pergerakan berjalan. Latihan Kawad ini juga melatih mpeserta untuk belajar mengendalikan skuad. Pada sebelah petang pula ada kelas undang-undang di mana pelatih mempelajari Akta Polis 1967, Kanun Kesiksaan dan Kanun Prosedur Jenayah.

Pelatih juga diberi peluang untuk menghadiri kem dan belajar menembak menggunakan M16 dan Revolver. Antara kem Suksis adalah:
1. Kem Etika dan Pengurusan Integriti
2. Kem PGA dan Asas Kompas
3. Kem Kursus Asas Pertolongan Cemas.



ANTARA KEMUDAHAN-KEMUDAHAN:
  • Kemudahan pakaian seragam PDRM
  • Elaun Latihan dan Tugasan - RM 4.00 x 1jam
  • Elaun Tahunan (Bounty)
Saguhati penuh - RM 520.00 (Latihan melebehi 380jam)
Saguhati tiga suku - RM 390.00 (Latihan 240jam – 379jam)
Saguhati separuh - RM 260.00 (Latihan 120jam – 239jam)

  • Ko-Kurikulum (dikira 6 jam kredit)
  • Latihan Asas kepolisan (Inspektor)
  • Penginapan di Kolej
  • Perlantikan sebagai Inspektor Sukarelawan semasa pentauliahan




No comments:

Post a Comment