Thursday, October 11, 2018

BBM3410/18: Majlis Malam Pewaris Satria Negara

Baru-baru ni, saya ada menghadiri majlis yang diberi nama Malam Pewaris Satria Negara. Majls ini diadakan di Kinrara Resort pada 30 September 2018 iaitu hari Ahad. Majlis ini bertemakan Vogue Spring... haaaa bila tengok tema mula-mua tak tahu nak pakai baju apa... lepastu terfikir nk pakai baju kurung berbunga-bunga tapi tiba-tiba dua hari sebelum hari kejadian kami dimaklumkan untuk tidak memakai baju kurung dan mengikut tema yang diberikan... Jadi terus pilih dress yang berbunga okey la tu ada la kena dengan tema...

Okey seterusnya tujuan majlis ni diadakan adalah untuk meraikan pelajar Kor SUKSIS UPM yang telah ditauliahkan pada 12 Ogos 2018 iaitu Skuad 11. Banyak anugerah-anugerah yang ada antaranya anugerah pelatih menembak dengan mata 200 point, pelatih akademik terbaik, pelatih kehadiran terbaik, pelatih latihan luar terbaik dan pelatih keseluruhan terbaik.


Alhamdulillah saya mendapat anugerah Pelatih Kehadiran terbaik dengan kehadiran sebanyak 994 Jam. Nama anugerah ini adalah Anugerah Waja Setia. Sewaktu ambil hadiah ini di atas pentas, tiba-tiba tangan menggigil... hahhaaha lepastu kena Tegur dengan Tuan Lan yang menyampaikan anugerah ini... dia cakap kenapa tangan menggeletar.. lepastu dengan spontannya saya menjawab hahaha berdebar...Tuan lan turut ucapkan tahniah dekat saya dan kata ni mesti rajin datang latihan kan... Saya juga dapat hadiah cabutan bertuah... hahaha bertuah gak malam tu hahaha







No comments:

Post a Comment