Thursday, March 9, 2017

DOA BUATMU MH370

Seruruh dunia mengharap keajaiban berlaku,
Menanti kepulangan dan kemunculanmu,
Pelbagai andaian, persoalan yang timbul,
Kehilangan berlaku dalam sekelip mata.
                                                       
Ya Allah, aku memohon kepadamu, kau mudahkanlah,
Bukalah pandangan agar berjumpa dengan MH370,
Walau dimanapun mereka berada lindungilah mereka,
Kerana engkaulah yang maha mengetahui dan berkuasa.

Menangis setiap malam menunggu kepulangan yang tercinta,
Tuhan aku mohon kau tabahkanlah hati keluarga mereka,
Berikanlah mereka kekuatan dalam menempuhi segala ujianmu ini,
Hanya padamu Ya Allah tempat kami bersandar.

Kemanakah hilangnya pesawat MH370,
Semua mencari kesana dan kemari,
Ya Tuhanku, berikanlah petunjuk kepada kami,
Jika ini balasan daripada kealpaan kami terhadapmu, kau ampunilah kami.

Semoga keluhan dan tangisan didengari-Nya,
Berdoalah agar keajaiban berlaku,
Kun faya kun, jadilah maka jadilah ia,

Pulanglah MH370.

No comments:

Post a Comment